Monday, 27 June 2011

Seminar Kebangsaan Pembantu Perpustakaan 2011


Baru-baru ini, Unit perpustakaan telah menghantar wakil ( Puan Nor Aini Abd Rahman dan Cik Wahidah Ibrahim) bagi mengikuti seminar ini pada 13 -15 Jun 2011 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu .


Keterangan ringkas berkaitan seminar ini:
Bertujuan untuk membentuk pembantu perpustakaan (IPTA / IPTS /Kolej /Matrikulasi) yang lebih berdaya saing dalam memberikan perkhidmatan perpustakaan yang lebih berkualiti.

Memberi pendedahan dan kefahaman tentang peranan pembantu perpustakaan dalam merealisasikan perkhidmatan perpustakaan berkualiti, memupuk kesedaran dan kefahaman nilai integriti dalam melaksanakan tanggungjawab serta meningkatkan kefahaman dan kemahiran tentang peranan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan pembantu perpustakaan.

Antara kertas kerja dan ceramah yang disampaikan ialah :
“Peranan Pembantu Perpustakaan Ke Arah Kelestarian Perpustakaan” yang disampaikan oleh En. Mohd Pisol Ghadzali, Ketua Pustakawan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

“Kerjaya Pembantu Perpustakaan” yang di sampaikan oleh En. Kamarudin Mat Nata dari Perpustakaan Negara Malaysia Kuala Lumpur.

“Kemahiran Teknologi Maklumat” yang di sampaikan oleh En. Abu Hassan Ghazali Ketua  Pustakawan Universiti Malaysia Terengganu serta beberapa modul lain seperti keterampilan diri dan  sistem pengurusan Kualiti.

Secara keseluruhannya seminar ini sangat membantu profesion pembantu perpustakaan menguruskan perpustakaan dengan lebih cekap menggunakan elemen-elemen seperti panduan pencarian bahan berkesan, memperkenalkan kaedah penggunaan teknologi maklumat. Kaedah mempromosikan perpustakaan dan sebagainya.

Semoga semua elemen yang dibincangkan dalam seminar ini dapat digunakan dan aplikasikan di Perpustakaan kita.

Laporan oleh : Pn. Nor Aini Abd Rahman dan Cik Wahidah Ibrahim

Hubungi kami


  • Pengguna perpustakaan amatlah digalakkan mengamalkan budaya membaca, perkongsian ilmu, amalan literasi maklumat dan menjadikan perpustakaan bukan sekadar tempat rujukan ilmu semata-mata.
  • Perpustakaan juga boleh dijadikan sebagai salah satu tempat untuk rileksasi dan terapi minda di mana terdapat banyak koleksi bahan bacaan umum, pengetahuan am dan juga buku-buku agama selain dari merujuk buku-buku akademik.
  • Pengguna juga di galakkan menggunakan seluruh kemudahan yang ada di perpustakaan untuk membudayakan perkongsian ilmu dan amalan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Pihak perpustakaan mengalu-alukan sebarang cadangan, perkongsian ilmu dan rujukan dari pengguna perpustakaan untuk memantapkan lagi perkhidmatan perpustakaan.

HUBUNGI KAMI

Unit Perpustakaan
Politeknik Sultan Idris Shah
Sg. Lang, 45100 Sg. Air Tawar
Sabak Bernam,
Selangor Darul ehsan

No. Tel : 03 3280 6200 Ext : 6245 / 6246 / 6247 / 6248

No. Fax: 03 3280 6400

Email       : http://www.psis.edu.my


Galeri








Panduan pencarian bahan





Pihak perpustakaan mendapati kebanyakan pengguna masih belum arif tentang kaedah pencarian bahan di perpustakaan.

Ada pengguna yang mencari buku disetiap rak, ada pengguna yang turun naik dari tingkat atas ke bawah semata-mata mahu mencari buku yang dikehendaki.


Untuk makluman, semua buku-buku di sini disusun mengikut sistem klasifikasi DDC iaitu Dewey Decimal Classification di mana semua bahan perpustakaan disusun mengikut sistem nombor.

Sila semak jadual di bawah untuk panduan anda. 

Setiap nombor ini dilabel di rak buku untuk memudahkan pencarian bahan yang ingin dirujuk.


NO. PENGKELASAN

SUBJEK
000
Computer science, Information & General works
100
Philosophy & Psychology
200
Religion
300
Social Sciences
400
Language
500
Science ( Including mathematics)
600
Technology
700
Arts  and recreation
800
Literature
900
History, Geography and Biography


Sedikit panduan di sini, sekiranya pengguna mahu merujuk buku berkaitan dengan AGAMA: ibadah solat, puasa dan subjek lain yang berkaitan, sila cari buku tersebut di rak yang dilabelkan dengan label 200.


Pengguna juga sangat di alu-alukan untuk merujuk kaedah pencarian bahan ini dengan bertanya kepada mana-mana pegawai perpustakaan.



Pihak perpustakaan akan menerangkan dengan lebih lanjut  berkenaan dengan kaedah pencarian bahan dengan lebih terperinci dalam entri akan datang.

Thursday, 23 June 2011

Peraturan Perpustakaan


Keahlian perpustakaan terbuka kepada semua warga PSIS sahaja.
Ahli perpustakaan mestilah terdiri daripada:
·         Pegawai Akademik PSIS
·         Pegawai sokongan Akademik PSIS
·         Pelajar PSIS

Pendaftaran adalah percuma dan boleh di buat dengan mengisi borang keahlian yang disediakan di kaunter perpustakaan pada bila-bila masa. Rujuk panduan pendaftaran seperti berikut :

Bil
Kategori ahli
Arahan
Catatan

1

Pegawai Akademik

Lengkapkan borang beserta dengan sekeping gambar berukuran passport

Kad berwarna kuning untuk Pegawai PSIS


2

Pegawai Sokongan Akademik

3

Pelajar
Lengkapkan borang beserta dengan 2 keping gambar berukuran passport
Kad berwarna biru untuk pelajar


Pengguna luar
  • Pelawat atau pengguna luar mestilah memohon dan mendapatkan kebenaran bertulis dari pihak perpustakaan sebelum menggunakan perkhidmatan perpustakaan
  • Pelawat dan pengguna luar mestilah mendapatkan pas keselamatan di pondok pengawal dan mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Politeknik
  • Pelawat atau pengguna luar hanya boleh menggunakan bahan perpustakaan sebagairujukan sahaja.Tidak dibenarkan meminjam bahan dari perpustakaan tetapi dibenarkan untuk membuat salinan  fotokopi.

Pinjaman bahan perpustakaan
Setiap ahli layak meminjam buku seperti berikut:


Bil.

Kategori
Kelayakan pinjaman
Tempoh pinjaman
Kelayakan Renew

Tempoh renew

1
Pegawai Akademik
 8 buah buku
1 Buku =
1bulan

1 kali sahaja bagi setiap buku
1 bulan

2
Pegawai sokongan Akademik
4 buah buku
1 Buku =
2 minggu
2 minggu

3

Pelajar

4 buah buku

1 buku =
2 minggu

2 minggu








  • Pengguna perpustakaan tidak dibenarkan meminjam bahan dengan menggunakan kad pengguna lain

  • Pengguna akan di denda sebanyak RM1.00 sekiranya menghilangkan kad keahlian.
  • Pengguna perpustakaan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan yang dipinjam.
  • Pengguna perpustakaan akan dikenakan denda sebanyak RM 0.10 sehari jika lewat memulangkan buku perpustakaan.

  • Buku yang didapati hilang atau rosak semasa dalam tempoh peminjaman, di kehendaki diganti dengan buku baru ATAU bayaran mengikut harga buku tersebut di mana bayaran 2 kali ganda akan dikenakan  bagi buku keluaran luar negara.
  • Pengguna hendaklah memastikan buku dipulangkan sebelum menghadiri latihan praktikal dan sebelum cuti semester bermula.
  • Semua jenis koleksi bersiri, kamus dan bahan rujukan asas hanya boleh dirujuk dan tidak boleh dipinjam.



Peraturan Am perpustakaan
  • Pengguna hendaklah sentiasa mempamirkan tanda nama dan juga kad pelajar semasa berada di dalam perpustakaan.
  • Pengguna hendaklah mematuhi pakaian dan sahsiah rupadiri yang telah ditetapkan oleh Bahagian HEP
  • Dilarang merosakkan bahan perpustakan dengan cara memotong, mengoyak,menconteng, menanda pada halaman muka surat atau sebarang perlakuan yang menyebabkan bahan ini tidak boleh digunakan lagi.
  • Dilarang mengalihkan kerusi dan meja serta peralatan lain di dalam perpustakaan.
  • Tidak dibenarkan memindah bahan perpustakaan dari koleksi rujukan ke koleksiterbuka dan sebaliknya.
  • Pengguna tidak dibenarkan merokok, makan atau minum semasa berada di dalam perpustakaan
  • Pengguna tidak dibenarkan tidur atau baring di dalam perpustakaan
  • Pengguna tidak dibenarkan membuat bising dan sebagainya sehingga mengganggu pengguna lain.
  • Telefon bimbit hendaklah berada dalam keadaan ‘silent mode’.
  • Pengguna dilarang duduk berdua-duaan dalam keadaan yang boleh mendatangkan syak wasangka.
  • Pengguna hendaklah sentiasa berkelakuan baik, bersopan santun dan menghormati sesama pengguna lain semasa berada di dalam perpustakaan.
  • Tidak dibenarkan mana-mana kumpulan pengguna melaksanakan sesi perbincangan, taklimat, mesyuarat atau mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran (sesi kuliah) di mana-mana ruangan terbuka di dalam perpustakaan kerana keadaan ini akan mengganggu pengguna lain.
  • Semua urusan perkhidmatan perpustakaan seperti peminjaman/pemulangan/urusan dikaunter/urusan di bilik perbincangan dan sebagainya hanya boleh di buat bermula dari jam 8.30 pagi  setiap hari KECUALI pada  hari jumaat.
  • Perkhidmatan perpustakaan hanya akan di mulakan pada 9.00 pagi pada hari jumaat kerana semua kakitangan perpustakaan akan melakukan penyusunan bahan rujukan dan bacaan secara menyeluruh di kedua-dua aras.
  • Perkhidmatan perpustakaan lebih waktu atau pada waktu malam hanya akan dilakukan atas permohonan pengguna. Permohonan perlu di kemukakan 2 hari sebelum tarikh sebenar penggunaan perpustakaan.


Peralatan elektronik
  •  Peralatan elektronik seperti laptop, kamera digital boleh di bawa masuk dengan kebenaran pegawai perpustakaan.
  • Menonton filem dan permainan video game di laptop sendiri adalah tidak dibenarkan sekiranya perbuatan tersebut mengganggu pengguna lain.
  • Memainkan lagu di laptop adalah tidak dibenarkan kecuali dengan memakai headset atau earphone.


Panduan dan penggunaan komputer
  • Perkhidmatan komputer yang disediakan oleh pihak perpustakaan bertujuan membantu pengguna perpustakaan mencari maklumat dengan lebih cepat dan terkini, membantu menyiapkan tugasan, akses kepada CIDOS dan akses kepada web akademik dan ilmiah yang berkaitan dengan pembelajaran sahaja.
  • Penggunaan yang bertujuan mencari hiburan seperti game, muat turun lagu, video,chatting di laman web sosial dan sebagainya yang melalaikan dan tidak berfaedah adalah dilarang sama sekali.
  • Menulis maklumat lengkap pada buku pendaftaran penggunaan komputer.Kad matrik mesti diserahkan kepada pegawai yang menjaga kaunter dan akan dikembalikan setelah habis penggunaan komputer.
  • Tempoh penggunaan komputer adalah selama 1 jam sahaja.
  • Tidak dibenarkan menyambung tugasan pada komputer yang sama setelah tamat tempoh sejam sekiranya terdapat pendaftaran pengguna lain pada komputer tersebut.
  • Sekiranya terdapat sebarang kerosakan/masalah pada komputer mesti dilaporkan dengan segera kepada pegawai yang bertugas.
  • Dilarang mengubah sebarang konfigurasi sedia ada pada komputer.
  • Dilarang memasang atau memadam perisian pada komputer.
  • Dilarang menyimpan (SAVE) sebarang dokumen di dalam hard disk komputer. Akses kepada internet hanyalah untuk tujuan ilmiah sahaja. 
  • Dilarang sama sekali melayari Laman Web yang tidak bermoral (Laman Web Lucah), laman web sosial dan laman sembang yang tidak memberi manfaat kepada pengguna.
  • Menonton filem dan permainan video game adalah tidak dibenarkan
  • Memainkan lagu adalah tidak dibenarkan kecuali dengan memakai headset atau earphone
Panduan dan penggunaan Bilik Perbincangan


  • Perkhidmatan bilik perbincangan disediakan untuk pengguna yang ingin melaksanakan perbincangan berkumpulan, mesyuarat, perjumpaan bersama pelajar dan sebagainya.
  • Penggunaan bilik perbincangan hendaklah di tempah dengan menggunakan borang tempahan di kaunter perpustakaan.
  • Pengguna bertanggungjawab di atas kebersihan dan keselamatan semasa menggunakan bilik perbincangan.
Barangan/Peralatan yang tidak dibenarkan di bawa masuk.

  • Beg kecuali beg tangan.
  • Makanan dan minuman.
  • Majalah bacaan ringan seperti komik atau majalah hiburan.

PERINGATAN

  • Pihak perpustakaan berhak merampas barang-barang atau peralatan yang dilarang dibawa masuk ke dalam perpustakaan atau barang-barang dan peralatan yang boleh menganggu suasana pembelajaran di dalam perpustakaan.
  • Pihak perpustakaan dan ketua-ketua kumpulan berhak menegur mana-mana pengguna yang melanggar  peraturan semasa berada di dalam perpustakaan.
  • Pengguna perpustakaan yang tidak memulangkan buku dan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan bahan yang dipinjam akan mengakibatkan slip keputusan peperiksaan akan disekat dan disenaraihitamkan.
  • Pengguna yang didapati melanggar peraturan-peraturan ini akan dikenakan tindakan sepertimana yang terkandung di dalam Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi.