Pengenalan/ Perkhidmatan/Kemudahan / Peraturan Perpustakaan / Panduan pencarian bahan / Galeri Gambar / Hubungi kami
Pihak perpustakaan mendapati kebanyakan pengguna masih belum arif tentang kaedah pencarian bahan di perpustakaan.
Ada pengguna yang mencari buku disetiap rak, ada pengguna yang turun naik dari tingkat atas ke bawah semata-mata mahu mencari buku yang dikehendaki.
Untuk makluman, semua buku-buku di sini disusun mengikut sistem klasifikasi DDC iaitu Dewey Decimal Classification di mana semua bahan perpustakaan disusun mengikut sistem nombor.
Sila semak jadual di bawah untuk panduan anda.
Setiap nombor ini dilabel di rak buku untuk memudahkan pencarian bahan yang ingin dirujuk.
NO. PENGKELASAN | SUBJEK |
000 | Computer science, Information & General works |
100 | Philosophy & Psychology |
200 | Religion |
300 | Social Sciences |
400 | Language |
500 | Science ( Including mathematics) |
600 | Technology |
700 | Arts and recreation |
800 | Literature |
900 | History, Geography and Biography |
Sedikit panduan di sini, sekiranya pengguna mahu merujuk buku berkaitan dengan AGAMA: ibadah solat, puasa dan subjek lain yang berkaitan, sila cari buku tersebut di rak yang dilabelkan dengan label 200.
Pengguna juga sangat di alu-alukan untuk merujuk kaedah pencarian bahan ini dengan bertanya kepada mana-mana pegawai perpustakaan.
No comments:
Post a Comment