Thursday 16 June 2011

Komunikasi dan perkongsian maklumat



Jika dahulu, komunikasi dalam menyampaikan maklumat hanya terhad kepada komunikasi secara lisan. Sesuatu maklumat  dalam bentuk cerita disampaikan dari orang perseorangan hingga diturunkan  dari generasi ke generasi.






Kemudian evolusi perkongsian dan merekodkan maklumat ini berlaku di mana manusia merekodkan maklumat ini melalui lakaran di objek seperti batu dan juga di dinding-dinding gua.


Teknologi berkembang sehingga manusia mencipta pena dan kertas. Semua maklumat penting di rekodkan dan disimpan supaya ianya tidak hilang, tidak disalahguna dan di manipulasikan untuk tujuan-tujuan seperti mencetuskan khabar angin, fitnah, cerita dongeng, penambahan maklumat yang tidak benar dan sebagainya.

Teknologi maklumat ini semakin mudah dan pantas dengan penciptaan baru seperti telefon, mesin fax, telegram, radio, television dan akhirnya terciptalah komputer yang mempunyai pelbagai fungsi  dan medium sebagai alat untuk  penyimpanan, perkongsian dan penyebaran maklumat.


Teknologi komunikasi dan perkongsian maklumat ini semakin berkembang pesat dan canggih seperti penggunaan Email, Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya.


Kami di Unit Perpustakaan, turut mengambil inisiatif perkembangan teknologi semasa ini, bagi tujuan yang sama iaitu untuk menyebarkan maklumat, berkongsi ilmu dan berkomunikasi dengan pengguna perpustakaan dengan lebih dekat, tepat, cepat dan pantas!

Sehingga berjumpa lagi di post akan datang dengan pelbagai info menarik yang boleh kita kongsi bersama..

SELAMAT BERKOMUNIKASI !!








No comments:

Post a Comment