Entry lepas menceritakan bagaimana masalah dan kepentingan perkongsian maklumat dan penciptaan teknologi komunikasi yang memudahkan kehidupan kita seharian.
Unit perpustakaan juga tidak terlepas dari masalah komunikasi kepada pengguna seperti masalah pemberitahuan info terkini dan sebagainya di mana pengguna sukar untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan perkhidmatan perpustakaan dengan tepat dan pantas.
Sebelum ini, apa yang dipraktikkan oleh kami di Unit perpustakaan ialah menghebahkan sesuatu info terkini melalui emel, edaran memo, poster dan menjawab pertanyaan dan rujukan pengguna melalui panggilan telefon. Perkongsian maklumat ini bagaimanapun tidak menyeluruh kepada semua pengguna perpustakaan.
Melalui portal ini, pengguna boleh mengakses semua maklumat berkaitan dengan perpustakaan dengan lebih pantas dan info terkini akan dikemaskini dengan segera. Semua pertanyaan dan rujukan akan diberi maklumbalas dengan segera melalui portal ini.
Portal ini juga akan memberikan banyak tips dan panduan serta kaedah-kaedah penggunaan dan pencarian maklumat menggunakan semua sumber rujukan maklumat seperti Ensiklopedia, Almanac, Thesaurus dan sebagainya.
Selain dari apa yang dinyatakan di atas, jadikanlah blog ini juga sebagai tempat untuk KITA berinteraksi, berkongsi ilmu dan pendapat dalam pelbagai bidang perkara. kerana kami percaya ILMU yang dikongsi bersama adalah untuk manfaat semua.
Selain dari apa yang dinyatakan di atas, jadikanlah blog ini juga sebagai tempat untuk KITA berinteraksi, berkongsi ilmu dan pendapat dalam pelbagai bidang perkara. kerana kami percaya ILMU yang dikongsi bersama adalah untuk manfaat semua.
Semua info terkini lebih mudah diakses dan lebih interaktif.
Malah, kami juga percaya masih ramai pengguna yang tidak tahu beberapa perkhidmatan perpustakaan telah ditingkatkan dan perancangan serta transformasi yang akan dibuat untuk memantapkan lagi perkhidmatan perpustakaan.
No comments:
Post a Comment